Pagi ini aku lihat ibuku resah


Pagi ini aku lihat ibuku resah. Lauk sudah dibeli. Masaknya belum. Ibuku memicit-micit papan kekunci telefon bimbit beliau tanpa henti.
Aku bertanya,
“Mak awat ni? Pasaipa?”
Beliau menghembus nafas dan berkata kepada ku,
“Mak nak minta tolong ni. Emergency!”
Ibuku jarang meminta tolong kecuali beliau benar-benar perlu.
Rupa-rupanya, beliau ingin membeli E-Sejadah online untuk adikku. Sejadah yang berbunyi dan mengajar setiap langkah untuk menunaikan solat.
Penjual online cakap kena bank-in sebelum pukul 11. Patutlah ibuku resah! Aku pun cepat-cepat memindahkan wang atas talian.
Ibuku menarik nafas lega. Rasa macam nak ketawa pun ada juga. Aku ingatkan apalah tadi,bukan main kelam kabut! Kahkahkah.
.
Buat teman-teman alam maya, luangkan sedikit masa untuk memberi pendedahan kepada ibubapa kita tentang alam maya dan penggunaan telefon pintar.
1. Zaman sekarang sudah canggih. Masukkan mereka ke dalam “Group Whatsapp”.
2. Jika mereka suka “online shopping”, beritahu mereka bagaimana untuk elak “scammer” dan tidak ditipu.
3. Pastikan mereka menggunakan “postpaid” yang “unlimited” supaya mudah mereka menghubungi kita.
4. Oh ya,jangan lupa setting “Font Large” untuk mereka. Kerana diusia mereka,kebanyakan rabun dekat.
5. Dah buat postpaid unlimited tu,bayarkanlah sekali. Anak soleh/solehah kan
Effa Asyifa,
Baru lepas ajar mak cara online.

Comments

comments


Khairul Otai

terbaik

Tina Minami

sempoii lah…..hihihi

Faizul Ahmad

alhamdullilah..saya plak terbalik..walaupun ayah saya dah umur 71..tapi disebabkan dia pernah bekerja dlm bidang telekomunikasi hampir 30 tahun..segalanya dia plak yg mengajaq org muda ni..

    Effa Asyifa

    Wahh.. bagus tu

    Faizul Ahmad

    saya sendiri pun tak tau brapa bnyk hp dia pakai…qeja tukaq model baru ja..

Effa Asyifa

Wahh.. bagus tu

Faizul Ahmad

saya sendiri pun tak tau brapa bnyk hp dia pakai…qeja tukaq model baru ja..

Owh Hanna Nina

Mhai x stndby E sejadah tu Effa Asyifa

    Effa Asyifa

    Berbaloi kak.. RM139.

Effa Asyifa

Berbaloi kak.. RM139.


Cambodia Travel guide, tips and inspiration

March 1, 2019

Cambodia travel guide, including map of Cambodia, tips on Cambodian culture, places to visit in Cambodia, when to go to Cambodia and Cambodia travel tips A cultivated country with something exciting to offer every traveller. Cambodia is still less visited…  Đọc tiếp